:: Produk HaLaL ::


GREENLEX ORGANIC SPIRULINA
NB2301 / NB2303 - GREENLEX ORGANIC SPIRULINA



Makanan Lengkap yang Kaya Nutrien

  • Setiap tablet mengandungi 200 mg Spirulina platensis Disahkan Organik.


  • Spirulina Disahkan Organik.


  • Makanan Lengkap Kaya Nutrien dan Seimbang.


  • Sistem Kawalan Kualiti yang Ketat.


  • Mudah dan Tersedia untuk Dicernakan.



  • GREENLEX ORGANIC SPIRULINA diperbuat daripada Spirulina platensis yang ditanam secara organik, yang bebas daripada sebarang racun rumpai, racun serangga, baja sintetik dan sebarang pencemaran atau bahan pencemar. Spirulina mengandungi kepekatan tinggi nutrien penting dan elemen surih penting seperti beta karotena, vitamin B12, klorofil, selenium, zink, kromium, besi dan mangan, tetapi rendah kandungan natrium. Spirulina juga kaya protein lengkap yang mengandungi semua asid amino penting dan asid gama-linolenik (GLA) iaitu asid lemak penting yang diperlukan bagi nutrien manusia.

    GREENLEX ORGANIC SPIRULINA adalah daripada spesis tulen spirulina platensis yang ditumbuh dengan air mineral bebas pencemaran melalui fotosintesis semula jadi bagi mencakupi nutrien organik dengan menggunakan peralatan moden dan bioteknologi mikroalga termaju. Kawalan ketat dilaksanakan pada setiap proses bagi memastikan produk ini memenuhi piawaian kualiti yang telah ditetapkan. Dihasilkan dalam bentuk tablet kunyah yang lebih kecil dan lebih kompak, ia ideal untuk yang muda dan tua. Spirulina yang digunakan mengandungi 70% protein mudah cerna.

    GREENLEX MEMO COMPLEX
    NC2701 - GREENLEX MEMO COMPLEX


    Formulasi Menyeluruh Untuk Kesihatan Am

  • Produk penyelidikan saintifik terkini bagi herba tradisional. Mengandungi ramuan untuk mengekalkan kesejahteraan umum.


  • Menggunakan ramuan berkualiti tinggi daripada sumber baik yang sedia ada.


  • Melancarkan peredaran darah.

  • Formulasi GREENLEX MEMO COMPLEX terdiri daripada BacoMind®, ekstrak herba Bacopa yang berdaftar, ekstrak Ashwagandha dan ekstrak daun Ginkgo yang dikenali untuk memperbaiki peredaran darah. Ramuan-ramuan ini disatukan untuk bertindak secara sinergi dan membantu menyelenggarakan kitaran periferal, menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan umum.

  • BacoMind® adalah ekstrak herba Bacopa berdaftar yang diperolehi daripada tumbuhan Bacopa monnieri Linn. Bacopa monnieri adalah salah satu daripada pokok berubat yang berharga dalam rawatan Ayurveda dan telah digunakan secara tradisional untuk lebih 3000 tahun. Ia dipiawaikan secara kimia dengan 9 sebatian bio-aktif berbeza.


  • Ekstrak Ashwagandha juga dikenali sebagai Withania somnifera Dunal (keluarga: solanaceae). Seringkali dirujuk sebagai “Ginseng India”di dalam rawatan Ayuveda. Ekstrak Ashwagandha bertindak sebagai penyesuai yang membantu menguatkan keupayaan tubuh menghadapi stres, memupuk kerehatan dan kepekaan serta merangsang kecergasan dan kekuatan.


  • Ekstrak daun Ginkgo digunakan secara tradisional untuk memperbaiki peredaran dan aliran darah. Pengunaan perubatan ginkgo biloba tercatat sejak 2800 Sebelum Masihi di dalam penulisan Cina.


  • GREENLEX I-COMPLEX
    NC2702 - GREENLEX I-COMPLEX


    Diformulasi untuk mata yang sihat

  • Produk penyelidikan saintifik terkini bagi herba tradisional. Mengandungi ramuan untuk mengekalkan kesihatan mata.


  • Menggunakan ramuan berkualiti tinggi daripada sumber baik yang sedia ada.


  • Diformulasikan agar bertindak secara sinergi: kebaikan ramuan dipertingkatkan kerana kehadiran ramuan-ramuan lain.


  • Sesuai bagi semua peringkat usia, muda dan tua.



  • GREENLEX I-COMPLEX diformulasi berasaskan sains nutrisi bagi membantu individu memperolehi nutrisi secukupnya yang diperlukan setiap hari bagi penglihatan yang sihat. Ia mengandungi ekstrak piawai daripada buah Bilberi, bunga Marigold, buah kelapa sawit, biji anggur dan lada hitam yang mengandungi sejumlah fitokimia, terutamanya sebatian flavonoid yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan memainkan peranan penting bagi mengekalkan kesihatan mata yang umum.

  • Ekstrak Buah Bilberi mengandungi kepekatan flavonoid tinggi yang dikenali sebagai antisianosida. Fitonutrien ini menunjukkan aktiviti antioksidan menakjubkan yang dikaitkan dengan kesihatan mata.


  • Ekstrak Bunga Marigold mengandungi banyak sebatian antioksidan berharga yang dikenali sebagai lutein iaitu komponen utama bagi makula, kawasan di dalam retina mata manusia. Paras lutein yang sihat juga membantu mengatasi kemerosotan beransur-ansur makula daripada menua dan tercetusnya degenerasi makular yang diakibatkan oleh peningkatan usia (AMD).


  • Ekstrak Buah Kelapa Sawit Caromin® mengandungi karotenoid semula jadi, yang diekstrak daripada minyak / buah kelapa sawit mentah (Elaeis guineensis). Selain kandungan tertinggi alpha-karotena, ia juga mengandungi campuran karotenoid lain seperti beta-karotena, gama-karotena dan likopena yang biasa ditemui di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Kombinasi karotenoid dalam perkadaran semula jadi dan kesan sinerginya berkemungkinan dapat memberikan banyak kesan berfaedah kepada kesihatan berkenaan karotena, salah satunya adalah menggalakkan kesihatan mata.


  • Ekstrak Biji Anggur adalah sumber OPC (Oligomeric Proanthocyanidins) berkepekatan tinggi, sejenis antioksidan yang melindungi sel daripada kerosakan radikal bebas.


  • Ekstrak Lada Hitam adalah ekstrak piawai daripada buah Piper nigrum L (lada hitam) atau Piper longum L (lada panjang). Ia mengandungi piperine berkepekatan tinggi.


  • -----------------------------------------------------------------------------------------------------------

    PENJAGAAN KECANTIKAN DAN SEMESTINYA HALAL......

    SHISHEN WHITENING
    PC3142 - SHISHEN WHITENING 3 IN 1 CLEANSING GEL


    Mencerah, membersih dan melindungi kulit anda siang dan malam

    Adalah penting membersihkan kulit wajah setiap hari tanpa mengganggu imbangannya. Dengan SHISHEN WHITENING 3 IN 1 CLEANSING GEL anda diberikan kulit wajah yang sihat sambil mengekalkan imbangan pH kulit. Pilihan gel ini adalah lembut namun pembersih yang kaya nutrisi berkesan ini bertindak menanggalkan kekotoran kulit, meninggalkannya menjadi berseri dan sihat. Gel pembersih 3-dalam-1 yang unik ini mengandungi Ekstrak tumbuhan Alpine penting seperti Ekstrak Mallow, Peppermint dan Primula serta pemutih kulit yang berkesan iaitu Alpha Arbutin bagi melembap, melindungi dan memutihkan kulit selain membersihkan kekotoran dan bendasing setiap kali ia digunakan. Ia lembut namun berkuasa, menjadikan kulit terasa lembut, licin dan segar.


    SHISHEN WHITENING
    PC3143 - SHISHEN WHITENING TONER



    Membersih, menyegar dan mencerahkan wajah anda

    SHISHEN WHITENING TONER adalah penyegar khas yang mengembalikan sinar dan kejernihan wajah dengan bahan aktif pemutih seperti Alpha Arbutin iaitu agen penggalak pencerahan kulit pada semua jenis kulit, meminimumkan bintik hati - perubahan warna kulit yang disebabkan oleh penuaan dan pendedahan kepada matahari. Ia membantu mengurangkan tompokan, bintik dan jeragat. Bahan aktif pemutihnya membantu mengawal sebum bagi mengekalkan kulit bersih dan segar agar wajah menjadi lembut dan tiada cacat-celanya. Mudah meresap, semasa digunakan akan meninggalkan rasa dingin dan segar sambil melembutkan kulit.


    SHISHEN WHITENING
    PC3144 - SHISHEN WHITENING DAY CREAM


    Kelihatan lebih cerah, berseri-seri lagi menawan

    Pendedahan kepada cahaya matahari yang terlalu lama dan penuaan semula jadi menyebabkan kulit yang sebam, tidak sekata dan muncul bintik-bintik perang. Shishen Whitening Day Cream adalah krim siang eksklusif yang melindungi serta memutihkan berasaskan adunan sinergi tumbuhan herba Alpine seperti Ekstrak Mallow, Peppermint dan Primula yang mempunyai kesan pemutihan kulit yang jelas. Ia juga menyatukan ekstrak botani khas seperti ekstrak minyak zaitun, mulberi, likuoris dan timun bagi menyuburkan dan menyihatkan kulit. Penggunaan yang kerap akan menjadikan kulit kelihatan lebih putih, lebih muda dan lebih cantik.


    SHISHEN WHITENING
    PC3145 - SHISHEN WHITENING NIGHT CREAM


    Kembalikan sinar dan kecerahan kulit wajah yang suram

    Ambillah peluang penerimaan kulit di waktu malam untuk membebaskan ramuan pencerah pada krim pemutih ini untuk kesan yang lebih baik. Krim malam Shishen Whitening Night Cream yang mewah ini menjana semula kulit sepanjang malam, merupakan krim berkesan yang kaya berasaskan tumbuhan herba dari kawasan Alpine seperti Ekstrak Mallow, Peppermint dan Primula yang memberikan kesan pemutihan kulit yang jelas. Ia bertindak sepanjang malam untuk memutih, mencerah dan menerangkan kulit serta mengurangkan bintik gelap, bintik pigmentasi dan kecelaan hodoh lain pada kulit. Krim malam penyubur dan penghidrat hebat untuk pencerahan kulit wajah.


    SHISHEN WHITENING
    PC3146 - SHISHEN WHITENING & EXFOLIATING GEL


    Serlahkan kecantikan dalaman sebenar

    Dengan lembut, SHISHEN WHITENING & EXFOLIATING GEL menanggalkan sel kulit mati dan saki-baki pada kulit. Ia membantu mencegah noda hitam, melembutkan kulit dan memberikan rasa kulit wajah yang bersih, segar dan lebih putih. SHISHEN WHITENING & EXFOLIATING GEL mengandungi kombinasi Alpha Arbutin dan Ekstrak Alpine herba khas - pencerah kulit yang sangat aktif untuk pendekatan pencerahan kulit yang lebih berkesan, lebih cepat dan lebih selamat. Gel untuk kulit ini amat berkesan bagi mereka yang ingin menyental kulit wajah dalam rutin penjagaan kulit mereka.
    -----------------------------------------------------------------------------------------------------------